Berlin Timur
Berlin Timur

Berlin Timur

Berlin Timur adalah nama yang diberikan pada bahagian timur Berlin antara tahun 1949 sehingga 1990. Ia terdiri daripada sektor Berlin di bawah kawalan Soviet yang diwujudkan pada tahun 1945. Sektor-sektor di bawah kawalan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis membentuk Berlin Barat, satu bahagian yang berkait rapat dengan Jerman Barat tetapi adalah sebuah bandar bebas. Meskipun statusnya sebagai sebahagian bandar yang diduduki, Berlin Timur diistiharkan sebagai ibu negara bagi Jerman Timur, di sebabkan Soviet tidak mengakui statusnya sebagai bandar bebas untuk sektor di bawah kawalan mereka. Bermula pada 13 Ogos, 1961 sehingga 9 November, 1989 Berlin Timur dipisahkan daripada Berlin Barat oleh Tembok Berlin. Kerjaan Jerman Timur secara ringkasnya merujuk Berlin Timur sebagai "Berlin" atau kadang kala "Berlin, Hauptstadt der DDR" (Berlin, ibu negara bagi Republik Demokratik Jerman). Istilah "Sektor Demokratik" juga digunakan sehingga tahun 1960-an.

Berlin Timur

1989 409 km2 (158 bt2)
Era sejarah Perang Dingin
• 1989 1279212
• Penyatuan Penyatuan
• Diasaskan 1949